Siti Nurhaliza antara tiga nama besar galas tugas pengilham AF2013

Astro Awani
Ogos 22, 2013 09:30 MYT
Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Melly Goeslaw dilantik sebagai tunjang utama Akademi Fantasia 2013. Mereka digelar ‘Inspirer’ atau pengilham dan bakal berkongsi ilmu dan pengalaman mereka.
Peranan mereka menggantikan jawatan pengetua yang tidak akan diwujudkan untuk AF2013.
Mereka bakal menjalankan tugas secara bergilir-gilir bagi melatih pelajar. Faizal bakal memulakan tugas untuk tiga minggu pertama...sebelum diserahkan kepada Melly dan Siti.
Klik video untuk berita penuh.
#AF2013 #Akademi Fantasia 2013 #Datuk Siti Nurhaliza #Faizal Tahir #Inspirer #Melly Goeslaw
;