Siti nasihat Shila supaya rasional
Astro Awani
Februari 13, 2013 20:12 MYT
Februari 13, 2013 20:12 MYT
Melihat kemelut yang melanda Shila Amzah, Datuk Siti Nurhaliza berharap penyanyi lagu "Patah Seribu" itu berfikiran rasional dalam membuat keputusan.
Sebagai penghibur senior, Siti berharap Shila tidak merosakkan nama baik yang dibinanya.
Pernah melalui zaman percintaan seperti wanita lain, Siti mengakui beliau begitu memahami perasaan Shila dan keluarganya.
“Siti mengikuti perkembangan Shila dari kecil..selalu dengan abah dia...saya memahai situasi shila dan bapa dia...tapi jangan belakangkan keluarga saya tahu ini mungkn cinta pertama tapi saya pun dah lalui...tapi selagi belum dapat restu Siti pun tak pergi sebab restu itu penting..kalau tak jadi ada hikmahnya..dah dekat Luh Mahfuz dah tertera jodoh kita,” kata Siti.
Siti ditemui semasa majlis "Sidang Media Minggu Setiausaha" di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.
Selepas berehat hampir tiga bulan untuk menjaga suaminya yang kemalangan, Siti kini bersedia untuk kembali aktif.
Siti juga dijadualkan mempromosikan single terbarunya, "Galau" dalam masa terdekat.