Siti Fazurina mohon maaf, harap isu tidak diperbesarkan lagi

Astro Awani
Disember 25, 2012 11:02 MYT
Pelakon Siti Fazurina meminta agar isu perkahwinannya dengan Muhammad Hykal Zulkifli, tidak diperbesarkan lagi.
Ini kerana katanya, tidak timbul isu dia kahwin lari, sebaliknya perkahwinan itu adalah sah di sisi Islam, dengan berwalikan bapa saudaranya, Mohamad Fami Freedam Shah.
Perkahwinan itu diadakan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Jelutong, Khamis lalu dengan mas kahwin sebanyak RM2012 dan hantaran RM30,000.
Ia menjadi kontroversi selepas majlis perkahwinan itu tidak dihadiri ibu dan adik beradiknya yang lain.
Mengulas perkara berkenaan, Siti Fazurina nyata kesal dan kecewa apabila perkahwinan itu dikecam banyak pihak termasuk keluarganya sendiri.
Jelas pelakon itu, dia tidak pernah berniat untuk mengecilkan hati keluarganya terutama ibunya, dan berharap isu ini diselesaikan.
Siti Fazurina berharap semua pihak dapat mendoakan kebahgiaannya.
Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan diadakan 9 Februari ini di Bayan Lepas.
Siti Fazurina berkata demikian pada sidang media bagi menjelaskan kontroversi tersebut.
Sidang media itu turut dihadiri suaminya dan keluarga mertua Siti Fazurina.
#Georgetown #kahwin lari #Muhammad Hykal Zulkifli #siti fazurina
;