Siri TV Game of Thrones kembali untuk musim ke-7
Astro Awani
Julai 11, 2017 09:31 MYT
Julai 11, 2017 09:31 MYT
Siri TV popular, Game of Thrones kembali untuk musim ketujuh dengan tujuh episod.
Ia akan mula ditayangkan mulai 17 Julai depan jam 9 pagi, eksklusif di HBO (Saluran Astro 411/431), dengan waktu ulangan pada hari yang sama jam 9 malam.
Drama bersiri yang diadaptasi daripada siri novel A Song of Ice and Fire itu menceritakan perjuangan epik untuk berkuasa di suatu jajahan yang luas dan penuh dengan kekejaman.
Dalam musim baru ini, si Ibu Naga, Daenerys Targaryen akhirnya belayar menuju kota Westeros dengan bala tentera, naga, dan penasihat (Hand of the Queen) beliau yang baru, Tyrion Lannister.
Pahlawan berani, Jon Snow pula telah dinamakan Pemerintah Utara (King in the North) selepas menewaskan penakluk kejam Ramsay Bolton dalam pertempuran “Battle of the Bastards” dan merampas kembali istana Winterfell untuk Keluarga Stark.
Di pusat pemerintahan King’s Landing pula, Ratu penuh manipulasi, Cersei Lannister pula telah merampas takhta Iron Throne dengan membakar musuh-musuhnya pendita High Sparrow, pengikutnya dan saingan beliau dalam “Sept of Baelor”. Namun, sedang pakatan yang lama runtuh, dan yang baru mula muncul, sebuah bala tentera 'mayat hidup' berarak menuju benteng “the Wall”, dan mengancam untuk menamatkan permainan perbutan takhta buat selama-lamanya.
Beberapa barisan pelakon tetap turut kembali pada musim ini.
Antaranya ialah Peter Dinklage (Tyrion Lannister), Nikolaj Coster-Waldau (Jaime Lannister), Lena Headey (Cersei Lannister), Emilia Clarke (Daenerys Targaryen), Aidan Gillen (Petyr “Littlefinger” Baelish), Kit Harington (Jon Snow), Diana Rigg (Lady Olenna Tyrell), Sophie Turner (Sansa Stark) dan Maisie Williams (Arya Stark).
#Arya Stark
#Astro
#Daenerys Targaryen
#Game of Thrones
#HBO
#Jon Snow
#Ramsay Bolton
#Sansa Stark
#siri fantasi
#tyrion lannister