Simon Cowell dibaling telur
Astro Awani
Jun 10, 2013 16:23 MYT
Jun 10, 2013 16:23 MYT
Para juri "Britain's Got Talent" dikejutkan dengan tindakan seorang wanita yang membaling telur ke arah mereka.
Insiden berlaku pada pusingan akhir musim ketujuh program itu pada Sabtu lalu.
Wanita berkenaan muncul di atas pentas semasa persembahan dan membaling telur ke arah juri Simon Cowell, Alesha Dixon, Amanda Holden dan David Walliams.
Dia kemudian dibawa keluar dari pentas sebelum pengacara Ant dan Dec mengumumkan bahawa insiden itu bukan sebahagian daripada persembahan.
Identiti wanita itu dikenalpasti sebagai Natalie Holt yang merupakan peserta tetapi tidak berjaya ke pusingan akhir.
Sungguhpun pihak polis dipanggil ke lokasi namun, pihak produksi tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang.
Holt juga memohon maaf kerana muncul semasa adik-beradik Richard dan Adam membuat persembahan.
"Britain's Got Talent" musim ketujuh mengangkat kumpulan teater dari Hungary, Attraction sebagai juara.