"Sikit-sikit nikmat dunia ditarik balik ... " - luah Umie Aida
Gempak
Januari 28, 2019 14:00 MYT
Januari 28, 2019 14:00 MYT
PELAKON Datin Seri Umie Aida mendedahkan mengalami alahan terhadap belacan ketika berada di Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga.
Menurut Umie, mukanya bengkak serta mengalami kegatalan pada satu badan sehinggakan terpaksa mendapat rawatan di hospital.
"Sikit-sikit nikmat dunia telah ditarik balik. Dulu tenaga tip top... tapi sekarang banyak kurangnya.
"Yang terbaru me (panggilan pada dirinya) allergy belacan kot. Semalam makan sambal habis satu badan me gatal. Tengok muka me merah & bengkak. Terpaksa pergi hospital ambik jab," tulis Umie.
Tambah pelakon utama filem Dukun ini, doktor menasihatinya supaya mengelakkan makanan laut bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.
"Doktor pesan me takleh makan seafood lagi. Rupanya bahaya jugak allergy ni..Boleh sesak nafas & meninggal.
"Alhamdulillah... peringatan untuk me. Dunia semakin bye bye untuk me," tulisnya lagi.