Sikat misai Freddie Mercury dibeli pada harga mencecah RM1 juta

Gempak
September 20, 2023 13:00 MYT
Peminat tersebut telah membeli sikat yang digunakan pelantun lagu Bohemian Rhapsody pada harga di luar jangkaan iaitu RM886.250. -X @AlexisKristyan
KUATNYA pengaruh yang ditinggalkan vokalis legenda Queen, Freddie Mercury, sehingga semua barang miliknya yang dilelong mempunyai nilai di luar batasan.
Jika pada awal bulan ini piano yang sangat ikonik dengannya dibeli pada harga RM17.53 juta, kini seorang pembina sekali gus peminat Mercury telah mencipta rekod baharu.
Peminat tersebut telah membeli sikat yang digunakan pelantun lagu Bohemian Rhapsody pada harga di luar jangkaan iaitu RM886.250.
Ironi sikat misai silver atau perak dari jenama Tiffany and Co tersebut dijangka hanya akan terjual pada nilai lelongan sekitar RM3,000.
Dilaporkan sekitar 30,000 barangan peribadi milik figura yang meninggal dunia pada tahun 1991 tersebut dilelong dalam enam acara berasingan mengikut tema.
Semua koleksi itu dijual kawan rapat dan bekas tunang Mercury, Mary Austin yang mewarisi hartanya.
Lelongan tersebut diselenggara oleh Sotheby. -Gempak
#Freddie Mercury #sikat misai #vokalis legenda #Tiffany and Co
;