KUALA LUMPUR: Sidang media isu penggunaan nama Search tanpa kebenaran akan diadakan secara langsung pukul 8.30 malam ini di Instagram @akuamysearch.
Vokalis utama Search, Amy atau Suhaimi Abdul Rahman serta sahabat pasukannya, Nasir dalam satu catatan di Instagram memberitahu, soalan-soalan yang dihantar ke alamat emel amysearch@gmail.com sebelum pukul 12 tengah hari Jumaat akan dijawab pada sesi berkenaan.
Sebelum ini mereka mengeluarkan tuntutan terhadap Mozylir Mokhtaruddin dan ‘Home of Champions’ untuk menghentikan kegiatan-kegiatan yang berkait dengan kumpulan rock terkemuka itu.
Menerusi satu kenyataan, kumpulan itu memaklumkan, Mozylir yang berniaga atas nama ‘Home of Champions’ telah menggunakan nama Search tanpa kebenaran Nasir, Amy dan waris-waris Allahyarham Yazit.
"Nasir, Amy, dan waris-waris arwah Yazit telah mengambil nasihat guaman dan mengeluarkan tuntutan terhadap Mozylir Bin Mokhtaruddin/ Home of Champions untuk menghentikan kegiatan-kegiatan mereka yang disebut," jelas kenyataan itu.
Sebelum ini, kumpulan itu memaklumkan, Mozylir yang berniaga atas nama ‘Home of Champions’ telah menggunakan nama Search tanpa kebenaran Nasir, Amy dan waris-waris Allahyarham Yazit.
"Nasir dan Amy telah mendapat tahu bahawa Mozylir Mokhtaruddin atau Home of Champions telah menggunakan nama ‘fenomenasearch’ melalui laman web http://www.fenomenasearch.com dan menggunakan e-mel yang memakai nama domain fenomenasearch.com.
"Menjual pakaian-pakaian dan aksesori menggunakan nama Search atau imej-imej yang berkaitan dengan Search melalui, antara lainnya, beberapa laman web seperti http://www.fenomenasearch.com/shop; https://www.facebook.com/fbhomeofchampions/; Instagram: @homeofchampions.store; dan Shopee @homeofchampions.store.
“Menjual kasut “Aliph x SEARCH - Edisi 2021” atas dasar penjualan terhad kepada 999 unit," memetik kenyataan itu.
Kumpulan legenda rock itu kini dianggotai oleh Amy, Yazit, Nasir, Hillary dan Nordin sebelum Hillary berundur selepas album ketiga, Mentari Merah Di Ufuk Timur dan diambil alih oleh Kid bermula sejak album keempat mereka, Fenomena.
Menurut kenyataan itu lagi, album terakhir mereka, Katharsis dikeluarkan oleh Amy, Nasir, Nordin dan Kid pada tahun 2017 tanpa melibatkan Allahyarham Yazit yang ketika itu berada dalam keuzuran.
"Seperti yang semua maklum, arwah Yazit telah meninggal dunia pada tahun 2019.
"Walaubagaimanapun, ahli-ahli Search telah bersetuju untuk memastikan bahawa hak-hak arwah Yazit kepada nama Search dan kerja-kerja beliau untuk Search dari tahun 1981 lagi akan diberikan kepada waris-waris arwah Yazit," memetik kenyataan itu lagi.
Astro Awani
Fri May 21 2021

Nasir, Amy, dan waris-waris arwah Yazit telah mengambil nasihat guaman dan mengeluarkan tuntutan terhadap Mozylir Mokhtaruddin. - Gambar Instagram@aku.amysearch

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Imigresen tumpas sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing
JIM menumpaskan sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing selepas menahan 46 individu dari pelbagai negara dalam serbuan di 17 unit premis kediaman mewah di Kuchai Lama, semalam.

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak

PM Anwar rasmi Program Majlis Memperingati Tunku Abdul Rahman esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini esok.

'Kejam, tak berperikemanusiaan' - Sultan Pahang titah suspek bunuh Norshamira diberkas
Al-Sultan Abdullah bersama Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang berkenan menziarahi keluarga mangsa di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.

Thaipusam: Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan - PM Anwar
Anwar mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk memperkukuh semangat kebersamaan, menghargai kepelbagaian, dan memperat kasih sayang bersempena perayaan Thaipusam yang akan disambut esok.

Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja hari ini.

KEMAS perkukuh pendidikan al-Quran, tubuh 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz tahun ini - Ahmad Zahid
KEMAS akan memperluas pendidikan al-Quran dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak dengan penubuhan 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz melibatkan 60,000 kanak-kanak di seluruh negara tahun ini.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.