Sidang media BTS 'Map of the Soul: Persona' boleh ditonton di YouTube

Agensi
April 10, 2019 21:00 MYT
Album 'Map of the Soul: Persona' yang bakal dilancarkan pada 12 April itu diibaratkan mimpi jadi kenyataan buat BTS Army dan dipercayai mampu menjadi fenomena besar selepas album 'Love Yourself'. - Instagram/@bighitent
MENGHITUNG hari, itulah yang dilalui oleh setiap 'BTS Army' bagi menantikan kemunculan kumpulan tersohor Bangtan Boys ataupun BTS dengan album baharu mereka berjudul Map of the Soul: Persona.
Wartawan ABC News, George Pennacchio telah mendedahkan di laman Twitter milik peribadinya bahawa BTS bakal membawakan suatu yang istimewa pada minggu hadapan.
BTS akan mengadakan sidang medianya untuk para peminat dan ia bakal bersiar secara langsung di laman YouTube rasmi mereka, BANGTANTV pada 17 April.

In this morning's mail...something for #BTSARMY. Mark your calendars!#BTS is holding a global press conference for "Map Of The Soul: Persona.." It'll be streamed on YouTube (BANGTANTV) here in California on 4/16/19 at 7pm PST. @bts_twt pic.twitter.com/pYO78UWeti

— George Pennacchio (@abc7george) April 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dua hari lepas, kumpulan ikonik K-pop itu telah mengeluarkan senarai trek lagu yang dimuatkan di dalam album Map of the Soul: Persona dan antara lagu yang paling mendapat tumpuan peminat ialah sebuah lagu yang berkolaborasi bersama selebriti terkenal, Halsey.

#BTS # #MAP_OF_THE_SOUL_PERSONA Tracklist pic.twitter.com/vKbrKvkuvv

— BigHit Entertainment (@BigHitEnt) April 8, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gabungan BTS dan Halsey dalam video teaser yang mempromosikan lagu Boy With Luv sudahpun mencecah sebanyak 22 juta tontonan di YouTube dan rata-rata peminat sangat teruja bagi menantikan kolaborasi yang bakal meletup itu.
Album Map of the Soul: Persona yang bakal dilancarkan pada 12 April itu diibaratkan mimpi jadi kenyataan buat BTS Army dan dipercayai mampu menjadi fenomena besar selepas album Love Yourself.
BTS yang menjadi anak syarikat rakaman Big Hit Entertainment, telah mengaut keuntungan sebanyak 214.2 billion won (RM770 billion) pada tahun 2018 meskipun pernah diisytiharkan hampir muflis pada tahun 2007.
Persoalannya, mampukan Map of the Soul: Persona ini mampu menjadi fenomena seperti album Kill This Love daripada BLACKPINK?
#BANGTANTV #BTS #K-pop #Map of the Soul Persona #YouTube
;