'Siapa yang bersumpah, junjung al-Quran tu?' - Abby Abadi tepis dakwaan kakak 'mangsa penyondol'
Gempak
September 8, 2023 15:00 MYT
September 8, 2023 15:00 MYT
SUSULAN dakwaan kakak kepada 'mangsa penyondol', pelakon Abby Abadi sekali lagi tampil menjelaskan situasi yang berlaku ketika perjumpaan di antara kedua-dua belah pihak.
Abby menerusi laman Instastory miliknya mengakui mereka ada berjumpa tanpa mengetahui cerita sepenuhnya, namun kedatangan dia bersama keluarga bukanlah untuk memohon maaf seperti yang didakwa.
“Ya kami ada berjumpa … tu waktu baru dimaklumkan hal ni.
"Memang masa tu tak tahu cerita pun, tapi bila bercerita kata kami datang berjumpa untuk minta maaf?
“Apa tu… tu malas nak bercakap. Jadi geram dengan perangai manusia ni,” jelas Abby.
Malah Abby turut menegaskan pihaknya tidak pernah bersumpah dan menjunjung Al-Quran.
Abby turut memohon agar pihak sana menceritakan hal sebenar dengan jelas tanpa membuatkan orang lain bersangka buruk dan membuat spekulasi tidak benar.
“Siapa yang bersumpah dan junjung Al-Quran tu? Yang pasti bukan daripada pihak kami ya.
"Nak bercerita tu bagi jelas. Jangan buat orang tertanya-tanya dan bersangka-sangka,” ujarnya.
Terdahulu, kecoh di platform media sosial X apabila seorang wanita bernama Misya tampil mendedahkan sikap seorang gadis yang didakwa anak kepada pasangan artis yang mengganggu rumah tangganya hingga bercerai dengan suami.
Kakak kepada Misya pula tampil mendedahkan situasi tegang yang berlaku dalam keluarga mereka.
Dakwa Nadiah menerusi hantaran di Instagram Storiesnya, mental dan emosi adiknya dipermainkan oleh suami dan gadis terbabit.
Selepas viral isu itu, Abby tampil memuat naik status mengatakan dia akan menjawab segala persoalan yang melibatkan nama anaknya, Marissa Dania. -Gempak