Siapa cam tempat ini? Yuna buat stesen minyak di Perlis nampak macam di 'oversea'!

Gempak
April 3, 2019 16:00 MYT
Selain stesen minyak yang dipaparkan, netizen turut tertarik dengan penggunaan kereta legenda Malaysia, Proton Saga dalam muzik video Forevermore. - Foto Instagram@yuna
PENYANYI yang menempa nama di Los Angeles, Yuna bakal mengeluarkan single terbaharunya bertajuk Forevermore.
Lagu dan muzik video tersebut bakal dikeluarkan pada 5 April ini.
Berkongsi sedikit sedutan di laman Instagramnya, muzik video tersebut menjalani penggambaran di sebuah stesen minyak lama di Kangar, Perlis.
Dengan teknik pencahayaan dan suntingan yang menarik, stesen minyak itu kelihatan seperti di luar negara.
Yuna betul-betul buat elemen lokal nampak class!
"Muzik video ini didedikasikan kepada semua stesen minyak di pekan-pekan kecil di utara Malaysia.
"Saya dan teman akan bahagikan minyak kereta berharga RM15 dalam kereta Kancil dan pandu selama 40 minit ke bandar terdekat," tulis Yuna di laman Instagram mengenai pengalaman lama.
Selain stesen minyak yang dipaparkan, netizen turut tertarik dengan penggunaan kereta legenda Malaysia, Proton Saga dalam muzik video Forevermore.
#Forevermore #Instagram #Los Angeles #Malaysia #penyanyi Yuna #Perlis #Proton #stesen minyak #Yuna
;