Shukri Yahaya sambut kelahiran puteri sulung
Gempak
Ogos 24, 2016 18:37 MYT
Ogos 24, 2016 18:37 MYT
PELAKON drama bersiri Suami Tanpa Cinta, Shukri Yahaya, 27, menyambut kelahiran puteri sulungnya sebentar tadi.
Berita gembira itu diumumkan oleh Shukri menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
“Syukur Alhamdulillah, hari ini Rabu bertarikh 24/8/2016 tepat jam 12.22pm isteri saya @tyaadnan selamat melahirkan cahaya mata sulong kami (perempuan).. Terima kasih pada semua yang mendoakan.. Allahuakhbar,” tulis Shukri.
Shukri dan pasangannya, Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 23, mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan & Perceraian Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Ahmad dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Ahmad Adnan Ishak.