Shuib menyesal termarah, terkilan tak sempat minta maaf pada Sarah
Gempak
Mei 1, 2022 16:48 MYT
Mei 1, 2022 16:48 MYT
ANDAI ada satu perkara yang terbuku di hati Shuib sehingga kini adalah rasa terkilan tidak dapat memohon maaf pada arwah isteri kesayangannya, Siti Sarah Raissuddin.
Kata Shuib, dia berasa terkilan kerana termarah pada isterinya di dalam hati hanya kerana arwah meminta dan teringin untuk menikmati nasi putih bersama telur goreng dan kicap pada jam 2.30 pagi.
“Dia kejut saya dekat jam dua lebih, saya esok ada kerja, dia tengah sarat ni. Dia kata B I nak makan nasi putih telur mata dengan kicap.
“Saya marah. Tidur… tengah-tengah tidur saya bangun dalam keadaan marah, saya cakap aduh 2.30 pagi bu.
“Saya ingat lagi momen tu, saya masak telur tu. Saya naik atas, masih lagi dengan marah. Saya bagi dekat dia, dia dapat, seronok sangat dengan nasi tu.
“Walaupun nasi ini dengan kicap dengan telur. Saya nampak dia tengah duduk makan. Dan saya tidur tak teman dia makan,” kongsinya sambil mengalirkan air mata.
Shuib mendedahkan kisah itu menerusi program RIA X In Person.
Disebabkan itu, Shuib berpesan untuk berbuat baik terutamanya pada ahli keluarga dan orang tersayang kerana tidak tahu bila momen bersama mereka akan berakhir dalam sekelip mata.
“Itu yang saya rasa. Allahuakhbar… saya cakap. Banyak-banyak benda lah itu satu saya nak cakap, saya nak minta maaf sangat dengan dia.
“Jadi kita kena hargai lebih-lebih lagi orang yang kita sayang. Kita tak tahu tau bila momen Allah nak ambil orang itu,” ujarnya sebak.
Saksikan episod penuh bersama Shuib dalam program RIA X In Person di YouTube dan Facebook Astro Gempak.
Artikel asal di Gempak boleh dibaca di sini