Shila Amzah, Ubai naik motosikal ke MBPJ demi sokong Selangor

Astro Arena
Julai 9, 2024 09:00 MYT
Pasangan itu hadir sebagai penonton dan memberikan sokongan buat pasukan Selangor dengan menaiki motosikal ke stadium. - Foto X/@Shilaamzah
SELEBRITI terkenal Malaysia, Shila Hamzah dan suaminya Muhammad Ubaidillah, dilihat menghadiri perlawanan suku akhir kedua melibatkan pasukan Selangor berdepan Kuching City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Sabtu lalu.
Pasangan itu hadir sebagai penonton dan memberikan sokongan buat pasukan Selangor dengan menaiki motosikal ke stadium sambil memakai jersi pasukan selangor sebagai tanda sokongan.

Intense gila game tadi ! Apa2 pun tahniah Selangor

-Lampu stadium sebelah terpadam -2 kad merah -Gol ketiga dapat celebrate 30 saat je , lepas tu pihak lawan pun menjaringkan gol juga -adik yang duduk Kat belakang asyik suruh player baca bismillah dari awal game sampai pic.twitter.com/E9Z4cmpnFa

— (@Shilaamzah) July 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perlawanan itu menyaksikan Selangor berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Piala FA dengan kemenangan dramatik selepas penentuan sepakan penalti dan menyaksikan Selangor mara dengan kemenangan 5-3. - Stadium Astro
#Piala FA #Selangor #Shila Hamzah #Muhammad Ubaidillah
;