Shila Amzah tujukan lagu untuk Sharnaaz

Astro Awani
Februari 15, 2013 06:28 MYT
Shila Amzah memuat naik lagu terbarunya yang bertajuk "Masih Aku Cinta" menerusi akaun Twitter.
Lagu itu ditujukan buat bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad.
Dimuat naik pada pukul 5.30 petang Khamis lagu itu juga diletakkan di laman YouTube oleh peminat.
Lagu dengan iringan petikan gitar itu disifatkan sebagai gambaran perasaan Shila ketika ini.
Antara bait lirik yang terkandung dalam lagu itu ialah "Satu dunia menentang cinta kita, akhirnya kita terpisah jua"
Shila sebelum ini menerusi akaun Twitter menyatakan dia bersyukur kerana Sharnaaz pernah menjadi sebahagian dari hidupnya.
Shila turut mendoakan kejayaan bekas kekasihnya itu.
Kemelut perhubungan mereka tercetus selepas N.D Lala tidak bersetuju dengan hasrat Sharnaaz untuk merisik shila pada Mac ini.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila Shila melarikan diri dari keluarganya selama enam hari sehingga bapanya membuat laporan polis.
Sebelum itu, Shila memuat naik rakaman kesedihannya di laman YouTube sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu "Ombak Rindu".
#Masih Aku Cinta #Sharnaaz Ahmad #Shila Amzah #Twitter
;