Shila Amzah muncul di Pulau Pinang setelah enam hari 'hilang'
Astro Awani
Februari 11, 2013 20:46 MYT
Februari 11, 2013 20:46 MYT
Shila Amzah muncul membuat persembahan selepas menghilangkan diri selama enam hari.
Shila tidak menghampakan peminatnya dengan mendendangkan empat buah lagu ketika program rumah terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia di George Town, Pulau Pinang.
Juara "Asian Wave 2012" itu membuat persembahan pembukaan sebelum kemunculan bintang korea, Psy.
Dia turut menyanyikan lagu kemenangannya di Shanghai berjudul "Zheng Fu" serta "Forever Love", "Set Fire To The Rain" dan "Patah Seribu".
Penyanyi berusia 23 tahun itu dilaporkan tiba di sebuah hotel di Pulau Pinang bersama bapanya, ND Lala pada Ahad.
Bagaimanapun, Shila enggan mengulas kepada media apabila ditanya mengenai kemelut yang melanda dirinya.
Shila yang 'melarikan' diri selepas pulang dari Shanghai akibat tertekan telah kembali ke pangkuan keluarganya pada Sabtu.