Shila Amzah jawab isu gurauan (Video)

Astro Awani
Disember 18, 2012 11:24 MYT
Shila Amzah akui tidak berniat mempersendakan kekasihnya sendiri sewaktu majlis Anugerah Planet Muzik 2012.
Tidak lebih sekadar gurauan, Shila berjanji perkara sama tidak akan berulang.
Shila terkilan apabila kenyataannya disalahtafsirkan dan dia menjadikan perkara yang berlaku sebagai pengajaran.
“Saya tahu mengenai isu itu dan saya faham. Itu sebenarnya adalah satu gurauan tetapi benda-benda macam ini boleh menimbul pelbagai intepretasi jadi saya tidak mahu komen banyak. Saya sudah belajar dari kesilapan dah insya Allah ia tidak akan berulang lagi. Tidak berniat langsung untuk benda-benda yang lain sebenarnya," kata Shila.
Merupakan anak kepada penyanyi ND Lala, Shila mengakui dirinya ditegur orang tua sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Shila dan bapanya ditemui semasa Konsert Amal Gaza di Kuala Lumpur pada petang Isnin.
#Anugerah Planet Muzik 2012 #Sharnaaz Ahmad #Shila Amzah
;