Shila Amzah dedah sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan suami

Astro Awani
Disember 21, 2021 21:21 MYT
Shila memaklumkan, dia dan anaknya sudah dua bulan tinggal di rumah kedua ibu bapanya di Kuala Langat. - Facebook Official/Shila Amzah
TIADA angin tiada ribut, penyanyi Shila Amzah mengejutkan ramai apabila memaklumkan dia sudah memfailkan perceraian dari suaminya, Haris Idraki.
Shila menerusi pautan terkini Instagram miliknya memaklumkan, dia dan anaknya sudah dua bulan tinggal di rumah kedua ibu bapanya di Kuala Langat, Selangor.
"Dah dua bulan Sha keluar dari rumah dengan Seth, tumpang di rumah mak abah di Langat. Sha dah file cerai but unfortunately still ongoing process sebab dia decide nak memanjangkan benda ni," tulisnya.
Lebih menyedihkan, kini Shila dan keluarganya turut menjadi mangsa banjir yang melanda sejak Jumaat lalu.
"Sekarang bila tengok rumah di Langat dah jadi macam ini. Rasa sedih sangat, sebelum ni tumpang berteduh kat rumah mak abah, tapi sekarang kita semua pula hilang tempat berteduh," tambahnya.
Kata Shila, dia tidak boleh pulang ke rumahnya di Cyberjaya kerana suaminya tinggal di sana dan mereka kini terpaksa menumpang di rumah saudara.
"Kasihan satu family Sha duduk dalam satu bilik buat sementara waktu. How I wish I can go back to my Cyberjaya house, bolehlah return the favour to my parents," katanya lagi.
Shila dan Haris berkahwin pada 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais, 1.
#Kuala Langat #Shila Amzah bercerai #mangsa banjir #bencana banjir 2021
;