Sheryl Shazwanie peserta pertama tersingkir di Pentas Big Stage 2019

Fareez Azman
Ogos 25, 2019 00:41 MYT
Sheryl Shazwanie yang terkenal dengan lagu Perasaan berterima kasih kepada tenaga pengajar, krew produksi Big Stage yang memberi peluang untuknya dalam Pentas Big Stage Minggu Kedua
Pentas Big Stage 2019 minggu kedua menyaksikan penyingkiran peserta pertama, Sheryl Shazwanie.
Sheryl bersama dua lagi peserta Aziz Harun (Brunei) dan Chaleeda (Thailand) berada pada tangga tiga terbawah pada akhir konsert selepas undian juri tetap dan undian atas talian dikira.
Penyanyi berusia 22 tahun itu menyampaikan lagu Drama dari Drama Band dan mendapat kritikan dari juri jemputan Datuk Shafinaz Selamat
Konsert Big Stage minggu kedua menyaksikan persembahan mantap 12 peserta antara yang paling mencuri penyanyi dari Korea Selatan Han Byul yang menyampaikan lagu Vroom Vroom dipopularkan Nabila Razali.
Tidak terkecuali, Santesh yang menyampaikan lagu Balqis iaitu lagu asal Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga juri tetap Big Stage 2019.
11 peserta akan berentap dalam pentas Big Stage 2019 minggu hadapan dengan tema "Glocal Hits".
#Alif Satar #Aziz Harun #BBNU #Big Stage 2019 #Brunei #Caleeda #Glokal #Indonesia #Judika #Korea Selatan #Korea Utara #pentas #penyanyi #penyingkiran #Shafinaz Selamat #Sheryl Shazwanie #Siti Nurhaliza #Thailand
;