Sherry Ibrahim nafi sakit

Gempak
Mei 28, 2023 08:20 MYT
Sherry Ibrahim menjelaskan keratan artikel yang memaparkan gambar wajahnya dalam keadaan pucat itu hanyalah gambar lama.
PELAKON Sherry Ibrahim menjelaskan bahawa dirinya berada dalam keadaan sihat.
Menurut Sherry, keratan artikel yang memaparkan gambar wajahnya dalam keadaan pucat itu hanyalah gambar lama.
“Terima kasih untuk semua doa anda, saya okay. Jangan judge. Itu gambar lama dan dorang membuat perbandingan dengan gambar yang masa tu solekan saya buruk, saya tersekat dalam kesesakan lalu lintas selama berjam-jam.
“Jadi banyak benda yang membuatkan saya lemau. Saya sihat sahaja. Saya sayang anda semua,” ujarnya dalam kenyataan di akaun Instagramnya.
Dalam pada itu, Sherry juga dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan doa dan juga kata-kata semangat.
“Sherry tidak sakit. Terima kasih yang mendoakan. Terima kasih untuk kata-kata yang yang baik. Sentiasa doakan yang baik-baik untuk semua,” coretnya.
Terdahulu, Sherry menjadi tular apabila foto yang merakamkan wajahnya kelihatan pucat serta perubahan bentuk badan yang semakin susut membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai status kesihatan aktres cantik ini. - Gempak
#Sherry Ibrahim #pelakon Sherry Ibrahim #Sherry Ibrahim nafi sakit #wajah pucat
;