Sherry Alhadad gandingan terbaharu segmen pagi ERA

Astro Awani
Februari 22, 2021 14:55 MYT
Segmen baharu itu dikenali sebagai 'JoHaRaRy Pagi ERA bermula 1 Mac ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.
KUALA LUMPUR: Radio ERA hari ini mengumumkan kemasukan Sherry Alhadad, gandingan terbaharu segmen pagi ERA.
Gandingan Sherry bersama Johan, Haniff dan Ray akan dikenali dengan nama ‘JoHaRaRy Pagi ERA’.
Segmen baharu itu akan menemui para pendengar ERA secara rasminya bermula 1 Mac ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.
Erman Zaki, Pengurus Kandungan ERA berkata, bukan sahaja penyampai baharu, pendengar juga bakal dihidangkan dengan pengisian yang lebih menarik dan perbincangan pelbagai topik menarik secara santai.
"Dengan pengalaman Sherry sebagai seorang pelawak, pelakon dan pengacara TV tempatan, peminat-peminat ERA boleh menantikan segmen pagi yang memang ‘Ekstra Mantul’ dengan keserasian bersama personaliti-personaliti yang sedia ada.
"Kami berterima kasih kepada semua peminat ERA atas sokongan mereka yang menjayakan radio ERA sebagai jenama radio No. 1 di Malaysia dan sentiasa berusaha untuk menawarkan kandungan yang relevan dan menghiburkan buat demografik peminat-peminat ERA," kata Erman lagi.
#Sherry Alhadad #Radio Era #penyampai #JoHaRaRy Pagi ERA #johan #Haniff #Ray #JoHaRaRy
;