Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Gempak
April 28, 2024 13:52 MYT
April 28, 2024 13:52 MYT
FILEM arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Kutipan itu sekali gus membuktikan filem aksi thriller terbitan Skop Productions dan Astro Shaw ini terus mendominasi pawagam-pawagam seluruh negara.
Tak bosan walau dah tonton beberapa kali
Malah menerusi pemerhatian di laman sosial, ramai peminat yang selesai menonton filem ini memberikan maklum balas positif dan memuji jalan cerita disampaikan.
Tidak kurang juga ada yang memaklumkan sudah menonton Sheriff buat kali ketiga dan keempat.
Sheriff dibintangi oleh Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.
Jangan lupa temui barisan pelakon Sheriff di pawagam-pawagam terpilih sekitar Lembah Klang pada 27 dan 28 April.
SINOPSIS:
Sheriff menampilkan watak Nazri (Syafiq Kyle) iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang melihat masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.
Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.
Dalam masa yang sama, Sheriff (Zul Ariffin), seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak