Sheikh Muszaphar kongsi pengorbanan isteri berisiko terdedah COVID-19

Najmi Syahiran Mamat
Mac 30, 2020 12:47 MYT
Muszaphar berkata isterinya telah menjalani kuarantin diri di rumah sebelum disahkan negatif COVID-19. - Gambar Instagram Instagram @drsheikhmuszaphar
“Ia amat menyedihkan saya apabila melihat dia yang tidak dibenarkan untuk berada dekat dengan anak-anak.
Tidak dapat digambarkan perasaannya sepanjang lapan jam yang mencabar itu,” demikian luah angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar yang berkongsi pengalaman isterinya, Dr. Halina Mohd Yunos sebagai petugas di barisan hadapan.
Menurutnya, saban hari Dr Halina menjalankan tugas sebagai doktor yang bertanggungjawab membantu orang ramai.
Dr Muszhapar berkata, isterinya masih tekad untuk meneruskan tugasnya hari ini meski pun kesihatannya sedikit terjejas pada Ahad sebaik sahaja pulang dari bekerja.
“Isteri tercinta Dr Halina telah ditugaskan untuk membuat pemeriksaan terhadap pesakit COVID-19 sejak hari pertama lagi.
“Semalam, dia membuatkan kami risau apabila dia menunjukkan simptom-simptom sakit tekak dan batuk-batuk selepas pulang dari bekerja,” kata Dr Muszaphar menerusi akaun Instagram miliknya.
#Angkasawan Negara #COVID-19 #dr halina yusof #dr sheikh muszaphar shukor #Instagram
;