Shazam 2 bakal ditayangkan pada November 2022

Asyraf Roslan
April 21, 2020 13:33 MYT
Filem terbitan Warners Bro dan New Line Cinema ini dijangka akan membuat kemunculan pada 4 November 2022 - Foto Twitter / @comix_mx
SEMUA sudah sedia maklum bahawa filem adiwira Shazam 2 kini masih dalam awal pembikinannya.
Namun, nasib filem ini dijangka sama juga seperti filem-filem lain yang terkesan dengan penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini sehingga terpaksa ditangguhkan.
Filem terbitan Warners Bros. dan New Line Cinema itu bagaimanapun dijangka akan membuat kemunculan pada 4 November 2022 tujuh bulan lewat dari perancangan awal iaitu pada 1 April tahun yang sama.
Meskipun tiada sebarang perincian plot didedahkan untuk filem itu yang berjaya mengutip $364 juta untuk tayangan sulungnya di seluruh dunia sebelum ini, filem ini akan terus diarahkan oleh pengarah, David F. Sandberg.
Selain itu, Shazam 2 dibintangi oleh Asher Angel, Mark Strong, Jack Dylan Grazer, Meagan Good, Ross Butler dan Zachary Levi.
Bukan sahaja filem Shazam, malah filem-filem terbaharu seperti The Batman dan The Flash juga ditunda ke satu tarikh pada tahun 2022.
#COVID-19 #Shazam #Shazam 2 #tunda
;