Shawn Mendes tampil dengan single terbaharu berjudul "If I Can Not Have You"
Afiq Ariffin
Mei 4, 2019 09:21 MYT
Mei 4, 2019 09:21 MYT
Shawn Mendes tampil dengan single terbaharunya berjudul "If I Can Not Have You" berserta video muzik lagu tersebut.
Ia ditulis Mendes bersama Scott Harris, Teddy Geiger, dan Nate Mercreau.
Lagu berkenaan dijangka diperdengarkan secara langsung di rancangan bual bicara lewat malam "Saturday Night Live", pada 4 Mei.
Mendes dalam satu temubual memberitahu bahawa lagu tersebut adalah lagu pop dan sememangnya dicipta khas untuknya.
Tambahnya lagi, dalam tempoh enam bulan yang lalu belau telah menulis kira-kira 45 lagu dan kesemuanya mempunyai ciri emosi yang berbeza.
Baru-baru ini, Mendes tampil membuat persembahan di Anugerah Grammys 2019 Bersama Miley Cyrus sebagai tribute kepada Dolly Parton, yang mendapat anugerah penghargaan "Person Of The Year".