Shawn Mendes dedah tarikh bercinta dengan Camila Cabello

Asyraf Roslan
Oktober 30, 2019 19:13 MYT
Menurut penyanyi yang popular menerusi lagu Lost In Japan ini dia dan Camila telah mula menjalinkan hubungan cinta pada 4 Julai yang lalu - Gambar Instagram Shawn Mendes
I love it when you call me señorita.
Nampaknya teka-teki mengenai hubungan cinta antara Shawn Mendes dan Camila Cabello akhirnya terjawab apabila Shawn sendiri mengesahkannya.
Menerusi laporan media antarabangsa, Shawn mendedahkan tarikh sebenar mereka berdua menjalinkan hubungan cinta.
Shawn berkongsi perkara tersebut apabila ditanya oleh peminat menerusi sebuah video yang dimuat naik di Twitter.
Menurut penyanyi yang popular menerusi lagu Lost In Japan itu, dia dan Camila telah mula menjalinkan hubungan cinta pada 4 Julai yang lalu.

Fan: I know there have been rumors of you and Camila being together for a while, but how long have you actually been dating for? Shawn: We havent been dating for that long. We have been dating since July 4th officially. pic.twitter.com/N4qrTYTCSf

— Shawn Mendes Updates (@MendesCrewInfo) October 26, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, khabar angin hubungan cinta Shawn dan Camila selepas mereka bekerjasama menerusi lagu Senorita pada Jun lepas.
Biarpun pernah mempunyai perasaan satu sama lain namun Camila enggan meletakkan status mereka sebagai pasangan kekasih.
Baru-baru ini, netizen membuat spekulasi pasangan ini sudah berpisah ekoran Shawn memadam video mesra mereka di IG.
#Bercinta #Camila Cabello #se orita #Shawn Mendes
;