Sharon Stone kehilangan RM84 juta dalam simpanan selepas hidap strok
Agensi
Julai 12, 2024 10:40 MYT
Julai 12, 2024 10:40 MYT
PELAKON terkenal Hollywood, Sharon Stone mengimbas kembali masa sukar dalam hidupnya.
Dalam temu bual dengan The Hollywood Reporter, aktres itu berkongsi pengalamannya diuji dengan penyakit strok pada 2001 yang mengakibatkan pendarahan otak serta mengancam nyawanya selama sembilan hari dan melalui proses pemulihan yang panjang.
"Semuanya berubah," kata Stone.
"Deria bau saya, penglihatan saya, sentuhan saya. Saya tidak boleh membaca selama beberapa tahun. Semuanya menjadi kabur dan saya hanya mampu melihat corak warna. Ramai orang menyangka saya akan mati.”
Tujuh tahun masa diambil oleh Stone untuk pulih dan selama itu "orang mengambil kesempatan ke atas saya."
"Saya mempunyai AS$18 juta (RM84 juta) dalam simpanan hasil kejayaan saya (dalam bidang lakonan), tetapi apabila saya kembali melihat ke akaun bank saya, semuanya hilang.
"Peti sejuk saya, telefon saya - semuanya atas nama orang lain," kenang pelakon filem Basic Instinct itu lagi.
Walaupun tidak mempunyai wang dalam simpanan, Stone "memutuskan untuk berada di kedudukannya hari ini dan melepaskan kesedihan silam."
“Saya memutuskan untuk tidak berterusan menanggung kesakitan, kepahitan atau kemarahan. Jika anda menggigit benih kepahitan, ia tidak akan meninggalkan anda,” katanya.
“Tetapi jika kamu berpegang pada kepercayaan, walaupun kepercayaan itu sebesar biji sawi, kamu akan bertahan. Jadi, saya hidup untuk kegembiraan sekarang. Hidup saya memiliki tujuan.” - Agensi