HUBUNGAN rapat antara aktres Sharifah Sakinah dan pengarah Michael Ang sememangnya tidak asing lagi.

Bersahabat baik semenjak beberapa tahun lalu, ada sahaja gelagat yang dilakukan oleh Sakinah bersama Michael membuatkan peminat tidak kering gusi.

Terbaru, menerusi laman sosial Twitter, Sakinah bertanya kepada Michael mengapa pengarah itu tidak berkahwin lagi.



"Kenapa you tak kahwin lagi?" tanya Sakinah.

Menjawab soalan aktres terbabit, Michael memberikan respons padu.

"Sebab takut dapat bini macam kau!" seloroh Michael.



Tidak berdiam diri, Sakinah terus bergurau dan bersetuju dengan respon Michael.

"Betullah tu kot. Laki I cakap dia tak rasa macam suami... dia kata dia macam staff I," seloroh Sakinah.

Rata-rata netizen terhibur dengan gurauan dua selebriti popular ini.