Sharifah Amani, suami dikurniakan anak lelaki
Astro Awani
Jun 28, 2024 19:54 MYT
Jun 28, 2024 19:54 MYT
KUALA LUMPUR: Pelakon Sharifah Amani selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Ahmed Mohsein, pada 26 Jun lalu.
Berita gembira itu dikongsi suaminya, Ahmed Faris Amir menerusi satu kemas kini di Instagram, pada Jumaat.
"Ibu dan bayi dalam keadaan baik. Terima kasih atas doa semua," tulis Ahmed Faris.
Pasangan itu mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung, Februari lalu.
Amani mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Faris, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Impact Integrated pada 10 September 2022.
Majlis perkahwinan mereka diadakan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat.