Shaheizy Sam, Syatilla Melvin sambut kelahiran anak ketiga pada 8 Syawal

Gempak
Mei 10, 2022 10:30 MYT
Syatilla Melvin selamat melahirkan anak ketiganya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada pagi Isnin bersamaan dengan 8 Syawal. -Gempak/Instagram
PELAKON dan usahawan Syatilla Melvin selamat melahirkan anak ketiganya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada pagi Isnin bersamaan dengan 8 Syawal.
Menerusi laman sosial Instagram, suaminya, aktor Shaheizy Sam berkongsi berita gembira tersebut untuk tatapan umum.
“Alhamdulillah... Selamat melahirkan. Terima kasih atas doa-doa anak semua.
"Anda tengok macam muka bapa ke muka ibu?" ujar Sam menerusi dua foto yang dikongsi di dalam bilik bedah.
Namun, Sam menutup wajah anak ketiganya dan tidak mendedahkan jantina bayi berkenaan.
Menerusi perkongsian itu juga, Sam dilihat menemani isteri itu ketika proses melahirkan di dewan bersalin.
Terdahulu, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin berkongsi dia baru mendaftarkan diri ke pusat perubatan berkenaan untuk proses bersalin pada awal pagi (Isnin).
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 40,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Untuk rekod Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, 5, dan Sarima Samhiezy, 2 tahun.
*Artikel asal di Gempak
#Shaheizy Sam #Syatilla Melvin #kelahiran anak ketiga #8 Syawal
;