Shah Rukh Khan tunai janji walau belum sembuh sepenuhnya
Astro Awani
Februari 14, 2014 21:35 MYT
Februari 14, 2014 21:35 MYT
Datuk Shah Rukh Khan menunaikan janji meneruskan konsert Temptation Reloaded walaupun belum sembuh sepenuhnya.
Aktor Bollywood itu akan menghiburkan peminat tempatan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 15 Februari.
Shah Rukh Khan mengalami kecederaan semasa penggambaran filem Happy New Year pada awal tahun ini.
Raja Bollywood yang tiba pada 7.40 pagi Jumaat juga masa menggunakan tongkat.
Dan disebabkan kecederaan ini, Shah Rukh Khan menyatakan sedikit rutin tarian akan ditukar untuk konsert malam esok.
Konsert ini juga akan dijayakan Madhuri Dixit, Rani Mukherji dan Arijit Singh.
Konsert Temptation Reloaded sepatutnya berlangsung pada 11 Oktober 2013 tetapi ditunda kerana pertembungan dengan kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang kemudian juga dibatalkan.
Ikuti temu bual eksklusif Gala TV Plus bersama Datuk Shah Rukh Khan dan Madhuri Dixit pada Ahad ini 4.30 petang di Astro AWANI.