Shah Rukh Khan terima anugerah doktor kehormat University of Edinburgh

Kohilah Sekaran
Oktober 18, 2015 17:50 MYT
Bintang bollywood, Datuk Shah Rukh Khan telah menerima anugerah doktor kehormat daripada University Chancellor HRH The Princess Royal di Edinburgh pada Jumaat lalu.
BINTANG filem Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan menerima anugerah doktor kehormat daripada University of Edinburgh pada Jumaat lalu.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Canselor universiti berkenaan, Puteri Anne.
Bintang lagenda berusia 49 tahun itu menerima ijazah doktor kehormat sebagai penghormatan atas sumbangan besar beliau dalam dunia perfileman serta kerja-kerja amalnya kepada masyarakat.
Antara pencapaian hebat Shah Rukh Khan ialah membintangi lebih daripada 80 buah filem Bollywood, membawa tenaga solar ke kampung-kampung luar bandar di India, mewujudkan wad kanak-kanak di sebuah hospital di Mumbai serta menyokong dana untuk membantu kawasan yang dilanda tsunami pada tahun 2004.
Menurut Shah Rukh Khan, pengiktirafan yang diberi oleh University of Edinburgh membuat dirinya untuk sentiasa bekerja lebih keras.
“Saya amat berterima kasih dengan pengiktirafan yang diberikan oleh University of Edinburgh.
Ia adalah satu pengalaman yang menakjubkan untuk menerima penghormatan daripada University of Edinburgh serta mengikuti jejak langkah pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh di dunia. Pengiktirafan oleh salah sebuah pendidikan yang paling dihormati di dunia adalah sesuatu yang istimewa, menurutnya.

Congratulations Dr Shah Rukh Khan, honorary graduate of the University of Edinburgh #DrSRKEdinburghUni pic.twitter.com/y48td9Z0V1

— Edinburgh University (@EdinburghUni) October 15, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Saya berharap agar pihak universiti untuk terus memberi laluan dan kerjasama dengan negara India bagi menangani masalah kesihatan, akademik dan penyelidikan kecemerlangan serta keadilan sosial,” kata Shah Rukh selepas menerima anugerah itu.

I am a Doctor all over againay!! pic.twitter.com/jKoDnDAhw8

— Shah Rukh Khan (@iamsrk) October 15, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pelakon tersebut juga telah membuat persembahan bersama pelajar lain sebagai tanda sambutan majlis anugerahnya.
Video tarian beliau kini menjadi viral di media sosial.

Dr Shah Rukh Khan performs his famous Lungi dance to celebrate his honorary graduation https://t.co/JyZD3ip67v #DrSRKEdinburghUni

— Edinburgh University (@EdinburghUni) October 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Memetik laporan India Times, ini merupakan anugerah doktor kehormat kedua bagi pelakon tersebut, di mana Shah Rukh Khan sebelum ini pernah menerima ijazah doktor kehormat dalam bidang seni dan budaya dari Universiti Bedfordshire, Britain.
#anugerah #Doktor #Edinburgh #Shah Rukh Khan #universiti
;