Shah Rukh Khan rai hari jadi Tun Mahathir (Video)

Astro Awani
Disember 15, 2012 16:42 MYT
Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir diraikan oleh Lord’s Tailor sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-87.
Paling istimewa teman baiknya yang juga bintang Bollywood terkenal Datuk Shah Rukh Khan juga turut serta.
Bertempat di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur Tun M hadir ditemani isterinya Tun Siti Hasmah.
Dihadiri lebih 300 tetamu Shah Rukh Khan terus diburu lensa kamera sebaik saja ketibaannya.
Dia dikhabarkan terbang khas dari Jakarta untuk majlis tersebut.
Selain beramah mesra bersama Tun M, bintang itu turut menyanyikan lagu hari jadi untuknya.
Shah Rukh Khan juga sempat bergurau bersama Tun Siti Hasmah dengan menyanyikan lagu dari filem popularnya "Kuch Kuch Hota Hai".
Selesai majlis, Shah Rukh Khan terus mengambil penerbangan ke India untuk urusan lain.
Antara artis yang memeriahkan majlis seperti Datin Yusni Hamid serta Amanda Imani.
Selebriti tempatan yang hadir termasuk Umie Aida, Sofea Jane dan Que Haidar serta isteri.
#Datuk Shah Rukh Khan #hari jadi ke-87 #Tun M #Tun Siti Hasmah
;