Shah Rukh Khan Malaysia cari jodoh

Gempak
Jun 21, 2017 08:27 MYT
Taufik Khairuddin, menerusi Facebook miliknya nekad mencarikan pasangan untuk abangnya, Eddy Dzuhairy Khairuddin, 32, namun disertakan beberapa syarat. - Foto Astro GEMPAK
MULIANYA hati seorang adik apabila sanggup 'mengiklankan' abangnya sendiri semata-mata mahu melihat saudara kandungnya itu berumah tangga. Siap maklumkan abangnya itu sekacak Raja Bollywood, Shah Rukh Khan lagi!
Taufik Khairuddin, menerusi Facebook miliknya nekad mencarikan pasangan untuk abangnya, Eddy Dzuhairy Khairuddin, 32, namun disertakan beberapa syarat.
"Saya sedang mencari jodoh untuk abang saya Eddy Khairuddin berumur 32 tahun yang bekerja di Sepang berpendapatan sebanyak RM4,000.
"Mencari pasangan yang masih single/ janda berumur 25-32 tahun dan bekerja tetap.
"Tidak kisah paras rupa janji baik orangnya dan tidak tinggalkan solat.
"Berminat boleh direct message beliau Eddy Dzuhairy Khairuddin.
"Tak salah membantu orang lain membina masjid kan? TAG kawan baik korang yang mana masih single mana tau jadi. Alhamdulillah besar pahalanya," tulisnya di Facebook kelmarin.
Hasilnya, iklan itu telah dikongsikan lebih 4,000 kali oleh pengguna media sosial dan mendapat 11,000 komen.
Netizen juga berlumba-lumbalah menyeru nama kenalan masing-masing untuk memenuhi hasrat Taufik.
Tidak terkecuali netizen yang mempertikaikan status Eddy yang masih bujang sedangkan memiliki rupa paras menawan dan pendapatan yang stabil.
Bagaimanapun kesahihan iklan itu belum dapat dipastikan. Mungkin juga itu sekadar gurauan antara adik-beradik.
Teks oleh: Amri Hassan
#Khairuddin #Malaysia #Sepang
;