Shah Rukh Khan kembali sepi

Astro Awani
Januari 10, 2018 17:46 MYT
Walaupun nampak gah di layar lebar, hati SRK sebenarnya rapuh terutama dalam perkara melibatkan keluarga. - Gambar indianexpress.com
BERILAH apa juga gelaran kepadanya, Raja Bollywood, Raja Khan atau Si Pencinta Wanita, hakikatnya ada sisi halus pada insan bernama Shah Rukh Khan (SRK).
Walaupun nampak gagah di layar lebar, hati SRK sebenarnya rapuh terutama dalam perkara melibatkan keluarga.
Menjadi ayah kepada tiga cahaya mata, SRK ternyata tidak mampu mengawal kesedihan apabila terpaksa berpisah daripada mereka.
Menerusi twitter dan instagramnya, pelakon berusia 52 tahun itu berkongsi isi hatinya selepas dua anaknya Aryan dan Suhana kembali ke kolej dan sekolah masing-masing selepas tamat cuti persekolahan.

Holidays as they say should really be given a speeding ticket...hate dropping my kids to the airport....when holidays end... pic.twitter.com/B3T4sr6TvC

— Shah Rukh Khan (@iamsrk) January 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Aryan,19, yang mewarisi ketampanan ayahnya berangkat ke California bagi mendalami bidang perfileman.
Suhana pula yang kini berusia 17 tahun meneruskan persekolahannya di Sekolah Antarabangsa Dhirubhai Ambani, Mumbai.
Selain Aryan dan Suhana seorang lagi anak SRK hasil perkongsian dengan hidupnya dengan Gauri Khan ialah AbRam Khan yang kini berusia 4 tahun.
Terkenal dengan kemampuan melakonkan pelbagai watak, SRK hanya mahu anak-anaknya mengenalinya sebagai seorang ayah penyayang.
Sekalipun tiket untuk memasuki dunia Bollywood terbuka luas, SRK tetap meletakkan syarat buat anak-anaknya iaitu tamatkan dahulu pengajian sebelum ikut jejak langkahnya.
Bukan cakap tidak serupa bikin, SRK sendiri memiliki ijazah dalam bidang ekonomi dari Kolej Hansraj, New Delhi.
SRK kini sibuk menjalani penggambaran filem Zero. Digandingkan sekali lagi dengan Anushka Sharma filem arahan Aanand L Rai ini dijadual ditayangkan 21 Disember depan.
#Aryan Khan #Bollywood #California #Gauri Khan #Mumbai #New Delhi #Shah Rukh Khan #Suhana Khan
;