Shah Iskandar tumpang gembira
Astro Awani
Februari 28, 2013 06:28 MYT
Februari 28, 2013 06:28 MYT
Shah Iskandar yang pernah dikaitkan dengan pergaduhan antara Zain Saidin kerana merebutkan pelakon Rozita Che Wan mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.
Sewaktu kisah percintaan dan pengumuman tarikh perkahwinan Rozita dan Zain hangat diperkatakan menerusi media massa, Shah dilaporkan berada di negara kelahirannya di Singapura.
“Saya baru dapat tahu mengenai percintaan diantara mereka berdua, bagaimanapun saya harapkan yang terbaik buat mereka,” kata Shah.
Masih berkawan baik dengan Rozita dan Zain, Shah diperkatakan sama sekali tidak berasa kecewa malah gembira bagi pihak mereka.
“Perasaan sedih dan kecewa jauh sekali bermain di fikiran saya, lagipun saya tidak terperanjat setelah mengetahui berita ini, tiada siapa boleh menghalang jika sudah jodoh,” tambah Shah.
Shah, Rozita dan Zain pernah digandingkan menerusi sebuah telefilem “Anak Ikan” yang disiarkan di saluran Astro Prima.