'Sha rindu mak' - Shila Amzah pilu pemergian bakal ibu mentua menjelang majlis pernikahan

Gempak
Julai 31, 2023 12:59 MYT
Shila berkata dia pasti merindui ibu kepada tunangnya, Ubai iaitu Rohani Jamal yang sentiasa menjadi seorang pendengar yang baik. -Gempak
PENYANYI Shila Amzah meluahkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham bakal ibu mentuanya yang meninggal dunia akibat kanser pada petang Ahad.
Shila turut memberitahu dia akan merindui ibu kepada tunangnya, Ubai iaitu Rohani Jamal yang sentiasa menjadi seorang pendengar yang baik.
“Mak memang mak yang sangat baik, ramai orang sayang mak. Sha happy sangat dapat kenal mak… Sha akan rindu mak.
"Mak setia saja dengar Sha mengomel, dengar keluhan Sha… Sha akan rindu semua.
“Kekuatan mak, gelak tawa mak. All your wisdom, semua pesan mak. Sha akan ingat sampai bila-bila,” luah Shila menerusi laman Instastory miliknya.
Sedih bakal ibu mentua tiada di majlis pernikahannya pada minggu depan, Shila bagaimanapun berkata dia akan menjaga tunangnya dengan baik.
“Mak tak ada nanti waktu nikah kami minggu depan, semua dah siap dah.
"Tak ada apa pun mak perlu risaukan. Sha akan jaga Ubai elok-elok seperti mana dia jaga Sha.
“Sha akan make sure Alieya terjaga, dia ada kakak-kakak sekarang.
"Damailah mak di sana. Sayang mak,” kata Shila lagi.
Ibu personaliti media sosial, Ubai iaitu Rohani Jama meninggal dunia pada pukul 6.45 petang Ahad di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.
Untuk info, Ubai dan Shila bertunang pada 27 Mei lalu dan difahamkan majlis pernikahan mereka bakal berlangsung dalam masa terdekat seperti bayangan yang diberikan oleh penyanyi wanita itu. -Gempak
#Shila Amzah #ubai #ibu mentua meninggal dunia #Rohani Jamal
;