Seyogia, dari novel ke pentas teater
Media Statement
November 24, 2015 23:36 MYT
November 24, 2015 23:36 MYT
Rumah produksi Rumah Anak Teater dan penerbit buku Lejen Press tampil dengan karya teater baru yang berjudul Seyogia.
Seyogia merupakan sebuah novel yang dibukukan oleh syarikat penerbitan Lejen Press pada tahun 2013. Buku tersebut merupakan jualan tertinggi Lejen Press yang telah dicetak empat kali sebanyak 12,000 unit.
Seyogia bakal dibintangi pelakon teater muda tanah air antaranya Lya Azman, Nazim Othman dan Muhammad Alhakeem Hussain.
Ia mengisahkan mengenai Jard lakonan Lya Azman yang ingin lari dari masalahnya, namun sejauh mana pun dia lari, masalahnya tetap tidak pernah pergi. Akhirnya Jard mengambil keputusan berhadapan dengan masalah itu sehinggalah dia menemukan realiti yang sangat menyayat hatinya.
Novel tersebut yang diminati oleh pembaca yang rata-ratanya remaja terus menjadi topik perbualan di media sosial hingga kini.
Bakal dipentaskan di dua lokasi, teater tersebut bakal bertandang ke Blackbox MAP Johor di Nusajaya mulai 26 hingga 28 November.
Sementara di lokasi kedua, Blackbox MAPKL di Publika, pementasan akan berlangsung mulai 19 hingga 20 Disember depan.
Teater itu diarahkan oleh Azmi Bahron, pelakon yang dikenali menerusi filem franchis Rock arahan Mamat Khalid.
Harga tiket adalah RM30 dan boleh dibeli di lokasi terpilih antaranya MPH Nu Sentral, MPH City Mall, MPH Alamanda, MPH Alpha Angle, MPH Taman Universiti Skudai, MPH JB City Square, Kedai Projek Buku, I Am Lejen Shop, SS15 Subang Jaya dan DuBook Store, Bandar Baru Bangi.
Anda juga boleh menghubungi hotline pementasan ini di 0122290944 atau emel ke rumahanakteater@gmail.com.
Dapatkan maklumat terkini berkenaan pementasan Seyogia menerusi hashtag #Seyogia.