"Setiap kali duduk seorang saya akan menangis" - Nabil kenang arwah bapa

Gempak
Oktober 12, 2022 12:35 MYT
Menurut Nabil, air matanya akan terus mengalir setiap kali terkenang akan arwah bapanya Ahmad Ismail yang telah kembali kepada Pencipta pada 7 Oktober lalu. - Gambar GEMPAK
PENGACARA Nabil Ahmad gagal menahan air matanya ketika sedang mengemudikan siarang langsung program MeleTOP malam tadi.
Jelas Nabil, air matanya akan terus mengalir setiap kali terkenang akan arwah bapanya Ahmad Ismail yang telah kembali kepada Pencipta pada 7 Oktober lalu.
Malah, dirinya menjelaskan tidak boleh duduk bersendirian dan bertindak untuk keluar bekerja semula bagi melupakan perkara itu buat seketika.
“Banyak lagi tanggungjawab saya belum buat pada dia (arwah), untuk buat perkara sepatutnya dan beri perhatian pada dia.
“Setiap kali duduk seorang saya akan menangis, saya akan teringat ayah.
“Sebab itu saya bekerja kerana tak mahu duduk seorang. Bila berkerja jumpa orang saya akan rasa okey sedikit.
“Arwah pergi pun dengan pengakhiran yang baik pada hari Jumaat, “ katanya.
Momen itu turut dirakam dan dikongsikan menerusi akaun rasmi Instagram MeleTOP.
Pada program yang berlangsung selama satu jam itu, Nabil turut ditemani pelakon Datin Lisa Surihani selaku hos jemputan.
Allahyarham Ahmad Ismail dilaporkan meninggal dunia di Hospital Serdang akibat masalah komplikasi jantung.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
#Nabil Ahmad #bapa Nabil meninggal dunia #pengacara Gegar Vaganza #Meletop
;