Setelah 'Hello', Adele lancar single kedua 'When We Were Young'

Syafique Shuib
November 18, 2015 08:00 MYT
Lagu 'When We Were Young' merupakan lagu kedua dari album 25 yang bakal berada di pasaran pada 20 November ini.
LIRIK lagu Hello masih hangat di bibir peminatnya, namun Adele mengejutkan semua dengan melancarkan single keduanya berjudul When We Were Young.
Video When We Were Young (Live At The Church Studios) dimuatnaik di YouTube pada Selasa dan mula mendapat perhatian ramai.
Lagu ini merupakan lagu kedua dari album 25 yang bakal berada di pasaran pada 20 November ini.
Liriknya ditulis oleh pemuzik Kanada, Tobias Jesso Jr.
Berkongsi tentang inspirasi disebalik lirik lagu bekenaan, Adele berkata lagu ini mengisahkan tentang penyatuan sekumpulan mereka yang pernah dikenali sebelum ini dalam satu majlis apabila semua sudah berusia.
“Bertemu dengan kekasih lama atau orang yang kita tidak lagi cintai… dan anda berjumpa semua pada usia 50 tahun.
“Ketika itu, semua itu tidak lagi penting dan anda bergembira seolah anda kembali berusia 15 tahun,” kata Adele kepada saluran radio satelit SiriusXM.
Sebelum ini, Hello mencatat jumlah tontonan 27.7 juta dalam masa 24 jam di Vevo, mengatasi rekod 20.1 juta tontonan yang dicatatkan oleh muzik video Bad Blood oleh Taylor Swift.
Setakat ini, video When We Were Young (Live At The Church Studios) mencatat jumlah tontonan 487,919.
#25 #Adele #Hello #VEVO #When We Were Young #YouTube
;