Sesi penggambaran Kylie Jenner dengan kerusi roda dikecam golongan istimewa
Kohilah Sekaran
Disember 3, 2015 11:50 MYT
Disember 3, 2015 11:50 MYT
Bintang realiti TV, Kylie Jenner telah menimbulkan kemarahan golongan orang kurang upaya, selepas membuat satu sesi penggambaran fesyen dengan kerusi roda bersalut emas bagi sebuah majalah.
Kylie dikatakan telah bergaya dengan sebuah kerusi roda bagi satu sesi penggambaran untuk sebuah syarikat majalah di Amerika Syarikat ketika menghadiri satu sesi temuramah dengan mereka.
Imej itu adalah salah satu daripada beberapa koleksi gambar yang diambil bagi tujuan iklan majalah dan telah dilancarkan di media sosial, semalam.
Susulan itu, pihak majalah dan anak bongsu Kardashian itu menerima kritikan hebat daripada para netizen terutamanya daripada golongan orang kurang upaya.
Terdapat beribu-ribu mesej merentasi rangkaian sosial dan reaksi paling hebat berkenaan imej itu dating dari golongan yang rasa ketidakupayaan mereka didiskriminasi.
Golongan istimewa mengkrtitik idea penggambaran fesyen itu sambil berkongsi perjalanan kehidupan mereka yang bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak seperti insan yang biasa.
Salah seorang dari golongan istimewa yang dikenali sebagai Kayla berkata, "kerusi roda itu adalah bahan fesyen itu dia. Tetap, untuk saya, ia menandakan identiti saya, kebebasan saya serta realiti kehidupan saya.
Pengguna media sosial turut mengkritik tindakan Kylie yang dianggap sebagai satu diskriminasi bagi golongan istimewa.