Sering cium perut ibu, Farid Kamil dedah anak tak sabar tunggu adik lahir

Gempak
Ogos 13, 2015 01:01 MYT
"Saya akan pastikan Diana makan makanan yang berkhasiat agar tumbesaran bayi berada dalam keadaan sihat dan seimbang," ujar Farid Kamil.

Pelakon Farid Kamil mendedahkan bahawa anak sulungnya, Muhammad begitu gembira selepas mendapat tahu ibunya yang juga merupakan aktres Diana Danielle ‘membawa’ adiknya di dalam kandungan.

Menurut Farid, anak lelakinya itu kini sering mencium perut ibunya sebagai tanda meluahkan perasaan gembira dan tidak sabar menunggu kelahiran adiknya.
“Usia kandungan Diana sudah masuk lima bulan dan anak saya Muhammad antara yang paling gembira sekali apabila dia dapat tahu dia akan dapat adik.
“Dia selalu cium-cium perut ibunya sambil menyebut ‘nak kiss baby’. Untuk diri saya pula, syukur Alhamdulilah, keluarga saya semakin membesar dan soal baby lelaki atau perempuan saya serah kepada Allah.
“Saya dan Diana memang mengambil keputusan tidak akan membuat sesi imbasan bayi (scan) untuk mengetahui apakah jantinanya,” katanya seperti yang dilapor Portal Murai.
Selain itu, Farid Kamil juga turut menjelaskan dia tidak berniat untuk merahsiakan tentang kehamilan isterinya cuma mengambil pendekatan untuk tidak mahu digembar-gemburkan sehingga mengganggu keadaan isteri tersayang.
“Saya bukan ada niat untuk merahsiakan, saya lebih kepada diam-diam ubi berisi. Dah sampai masanya baru saya umumkan kepada semua termasuk media,” jelasnya ringkas.
Farid juga memberitahu untuk kehamilan kali ini Diana tidak mengalami sebarang alahan teruk cuma emosinya sahaja yang agak kurang stabil.
“Untuk hamil anak kedua kedua ini, dia tiada alahan yang teruk atau ‘morning sickness’ cuma emosi dia sahaja yang agak kurang stabil.
“Dia tak boleh berdiri lama-lama dan duduk kereta lama-lama, nanti dia akan resah, begitu juga kalau pihak media ada pernah bertemu dia di mana-mana majlis. Secara tiba-tiba Diana hilangkan diri, maknanya dia memerlukan ruang untuk berehat dan sebagainya.
“Benda utama yang saya beri perhatian ialah pemakanan Diana. Saya akan pastikan dia akan makan makanan yang berkhasiat agar tumbesaran bayi berada dalam keadaan sihat dan seimbang,” katanya mengakhiri perbualan.
Sumber: Portal Murai

#anak #Diana Danielle #Farid Kamil #mengandung
;