"Sepatutnya lebih sensitif semasa menjawab soalan" - Farisha Iris kecewa...

Asyraf Roslan
Oktober 2, 2020 00:09 MYT
Farisha secara ringkas memberi bayangan bahawa dia terasa hati melalui laman Twitter dengan kapsyen 'Terima Kasih'.
ADA masa kita boleh tersenyum, ada masa juga kita bersedih, itulah lumrah kehidupan sebagai seorang manusia.
Belum pun sampai seminggu meninggalkan pentas Big Stage, Farisha Iris telah meluahkan kekesalannya di laman sosial mengenai sesuatu yang mengganggu fikirannya.
Tetapi kekesalannya bukanlah kerana disingkirkan dalam program itu yang melahirkan juara Sarah Suhairi dan Han Byul, sebaliknya dia kecewa dengan rakan seperjuangan dalam Big Stage.
Penyanyi yang popular dengan lagu Tak Malu itu terasa hati apabila peserta program yang disertai itu yang dianggap sebagai rakan seolah-olah gembira dengan penyingkirannya daripada program tersebut.
Farisha secara ringkas memberi bayangan bahawa hati kecilnya tersentak dengan perbuatan itu melalui laman Twitter dengan kapsyen "Terima Kasih".
Namun hantaran tersebut sudah dipadam beberapa jam selepas dimuat naik

TERIMA KASIH pic.twitter.com/nWeNHsNIKb

— Farisha Iris (@Farisha_Iris) October 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya tidak sedih langsung kerana tersingkir, tetapi di saat melihat video ini saya rasa sedih dan kecewa dengan kenyataan seolah-olah (mereka) gembira di atas penyingkiran saya," katanya di laman Twitter peribadinya.
Bagi Farisha, kenyataan yang dikeluarkan oleh rakan seperjuangannya itu seolah-olah mengharapkan dia yang tersingkir daripada pertandingan tersebut berbanding peserta lain.
Tambahnya, setiap tetamu yang hadir harus peka bagaimana format program yang dihadiri itu disiarkan agar lebih sensitif dalam menjawab soalan.
"Kenyataan tersebut seolah-olah, 'nasib baik Farisha yang tersingkir, bukan Qody' Should've realised program tersebut adalah live, seharusnya tahu etika menjawab soalan dan menjaga sensitivity," tambahnya.
Terdahulu, Farisha Iris tersingkir pada minggu separuh akhir apabila mendapat markah terendah dan berada di tangga tiga terbawah bersama Qody Rany dan Dinnie Rashid.
Ini semua mungkin salah faham, harap perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik antara semua peserta.
Jangan gaduh-gaduh.
#Farisha Iris #Big Stage #BBNU
;