"Separuh mati di Istanbul" - Ingat keracunan makanan, Mafarikha sebenarnya COVID-19 tahap 5
Gempak
Oktober 25, 2022 13:38 MYT
Oktober 25, 2022 13:38 MYT
PENYANYI Mafarikha dimasukkan ke wad kritikal di sebuah hospital di Kajang, Selangor akibat dijangkiti virus COVID-19 tahap lima.
Berkongsi perkara terbabit di Instagram, Mafarikha, 30, kini disokong oleh alat bantuan pernafasan sehingga benar-benar stabil.
"Hari ini touch down, gerak semalam 23 haribulan, sampai 24 haribulan pagi tadi terus gerak hospital. Memang tak boleh diri lama, kaki kebas rasa nak jatuh je tiap masa atau nak pitam.
"Tapi disebabkan terlalu yakin food poisoning, hospital tu tak ada COVID-19 centre, jadi kenalah pergi Hospital Kajang.
"Masalahnya deria rasa memang ada kalau tak, tak ada maknanya layankan kopi beberapa hari sebab nak tenaga.
"Masa pertama kali ke hospital tadi, dia cakap kita positif dah dalam 4-5 hari kemudian bagi ubat. Pergi hospital kerajaan, ke laut ke langit BP semua.
"So far so good je. I said, you cannot die here, not today. Lets Malaysia, here I am. Nak menunggu tarikh balik tu memang tak tengok phone langsung sebab separuh mati.
Bibir pecah, gusi bengkak
"Manalah tak terkejut waktu masuk tahap empat, dah scan lung apa semua tahap lima. Tapi rasa macam dah better lung ni cuma masih ada support. Dia akan turunkan slow-slow nak tengok kita boleh adapt ke tak.
"Tapi memang minum air le banyak manapun tetap rasa macam tak minum. Pecah-pecah bibir, gusi bengkak, gigi semua kasar. Rimaslah sebab kering. Kena stay sini sampailah boleh masuk wad COVID-19 biasa.
"Rasanya kalau tak vaksin lagi teruk kot. Bayangkan 19-24 haribulan I boleh bertahan bermodalkan ubat-ubatan apa entah dan kopi, no food at all! And the speed to recovery tu macam faster I guess," ceritanya.
Mati-mati ingat food poisoning
Dedah Mafarikha lagi, pada mulanya dia menganggap simptom yang dialaminya ketika di Istanbul, Turki, disebabkan keracunan makanan.
"Ceritanya pada 19 Oktober waktu Turki, saya mati-mati ingat food poisoning dekat satu kedai ni sebab itu je satu-satunya hidangan yang kami tak share.
"Saya penuh yakin sebab saya siap review Google kedai tu. Sebab malam 19 haribulan tulah I mula menggigil sepanjang malam. Itu satu malam je menggigil.
"Esoknya makan minum tak boleh, mesti muntah walaupun satu hirup! Sebab ZC (suami) tak apa-apa, saya yang macam nak mati, tidur pun tak boleh.
"Kemudian hari makan je tak boleh, air memang paksa telan sebab kalau dak tak ada benda nak dimuntahkan. So that goes on sampailah tarikh nak balik, I bertahan lama dengan ubatan farmasi dekat Istanbul je yang tak ada English langsung tu.
Harap tak berjangkit
"Ini kali kedua masuk hospital ya, pertama 2012 kot. Orang Malaysia kat airport Abu Dhabi semua offer minyak angin. Harap mereka tak berjangkitlah. Baik sangat semua. Malah auntie South Africa kat Istanbul nak bagi cookies tapi kita tolak sebab tak boleh makan, semua benda rasa yek kecuali air," tambahnya.
Untuk rekod, Mafarikha difahamkan ke Turki bersama suaminya Muhammad Zariq Noorulyusaa sejak 13 Oktober lalu. Sehingga artikel ini ditulis, suaminya masih negatif COVID-19. -- Gempak