Separuh akhir GV5: Masihkah ada peluang untuk Zamani?
Madiha Abdullah
November 11, 2018 22:30 MYT
November 11, 2018 22:30 MYT
Masihkah ada peluang untuk Zamani dalam Gegar Vaganza 5?
Dalam persembahan pusingan pertamanya di peringkat separuh akhir sebentar tadi, Zamani dilihat mengalami masalah untuk menyampaikan lagu Dekat Padamu, nyanyian asal Yusry.
Zamani tampak struggle untuk menyanyikan lagu itu dengan key yang sepatutnya di peringkat awal, dan beberapa kali terlupa lirik selepas itu.
Ketua juri, Datuk Ramli MS, yang sepatutnya memberikan komen, enggan memberikan apa-apa komen berhubung persembahan Zamani itu.
Apa pun, Zamani berjaya menyampaikan lagu kedua, Di Matamu, dengan sangat baik, dan disifatkan sebagai menepati standard sebenar penyanyi itu.
"Awak sepatutnya menyanyi seperti ini dari minggu pertama. Awak menjadikan lagu ini lagu awak," kata Ramli.
Zamani sebelum ini gagal menyampaikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta, namun dia diselamatkan oleh imuniti penaja yang diberikan oleh Datuk Seri Aliff Syukri.