'Sepanjang saya kenal, dia sangat susah ketawa' - Mawi terkejut lihat M. Nasir

Gempak
Mac 29, 2019 01:47 MYT
Menerusi entri di Instagram (IG), Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkongsi rasa syukur apabila filem arahannya itu mendapat tempat di hati penonton.
PENYAMPAI radio Zayan, Mawi mengakui terkejut apabila melihat respon yang diberikan oleh penyanyi M. Nasir ketika menonton filem arahannya, Tiada Tajuk.
Menerusi entri di Instagram (IG), Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkongsi rasa syukur apabila filem arahannya itu mendapat tempat di hati penonton.
"Malam tadi abang Nasir datang tonton filem #TIADATAJUK. Sepanjang saya kenal M.Nasir dia sangat susah untuk ketawa.Haha.
"Ini cabaran buat saya untuk buat M.Nasir gelak. Tapi malam tadi ... fuh! M.Nasir gelak tengok filem saya. Terima kasih Cikgu.
"Insyaallah 4 April ni jemput la ke panggung wayang ok untuk tonton filem #TIADATAJUK," tulisnya.
#filem #Instagram #M Nasir #Mawi #penyanyi pelakon #Tiada Tajuk