"Sepanjang hidup, saya teringin ke Mekah" - DJ Khaled dan Mike Tyson tunai umrah

Gempak
Disember 12, 2022 15:32 MYT
Berita itu dikongsi sendiri oleh DJ Khaled menerusi video terbaharu yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya. - Gempak
LEGENDA sukan tinju, Mike Tyson bersama selebriti terkenal Hollywood, DJ Khaled kini berada di Mekah untuk menunaikan Umrah.
Berita itu dikongsi sendiri oleh DJ Khaled menerusi video terbaharu yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Video itu merakamkan situasi di Mekkah dan wajah mereka yang tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melakukan tawaf di sekeliling Kaabah.
BACA: Shah Rukh Khan tunai umrah
“Saat saya berjalan di Mekah, air mata saya bercucuran, air mata kegembiraan. Sepanjang hidup saya, saya ingin pergi ke Mekkah untuk berdia dan menyatakan rasa syukur kepada Allah.
“Saya berdoa agar dunia dipenuhi dengan lebih banyak rasa cinta, kehidupan, kedamaian, kegembiraan, kebahagiaan, kesihatan dan perlindungan untuk kita semua.
“Allah Maha Besar! Sungguh indah bagi kita semua untuk berada di sini. Berkatilah saudaraku @miketyson,” coretnya. -- Gempak
#tunai umrah #Mike Tyson #DJ Khaled #Shah Rukh Khan
;