PELAKON berpangkalan di New York, Shiva Shobitha Kalaiselvan, 34, telah membuat Malaysia bangga apabila berjaya mendapat peranan dalam siri televisyen popular Amerika Syarikat, Gotham.
Pelakon kelahiran Lembah Klang itu memainkan watak Lelia, seorang pemimpin kontinjen wanita League of Shadows, yang sangat setia kepada ajarannya.
Netizen mula riuh di sosial media apabila Shiva muncul membuat debutnya semalam dalam episod A Dark Knight: One Of My Three Soups, pada Jumaat.
Shiva merupakan lulusan Indiana University dan mengikuti kursus pasca siswazah di Columbia University, New York.
Dia yang kini berpangkalan di New York pernah terlibat dalam dua produksi teater dengan syarikat Next In Line Productions.
Di Malaysia, Shiva pernah muncul dalam drama teater 'After Juliet' dan 'Girls Malaysia' di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPaC).
Siri TV Gotham telah bersiaran sejak tahun 2014, dan dibintangi oleh nama-nama besar seperti Erin Richards, Ben McKenzie dan Donal Logue.
Ia berkisar kehidupan Bruce Wayne atau Batman di bandar Gotham ketika muda dan beberapa musuhnya termasuk Joker dan Penguin.
Azyyati Ahmad
Sat Mar 31 2018
Cantik dan berbakat, nama Shiva Shobitha Kalaiselvan semakin jadi sebutan selepas tampil dalam Gotham - Foto youtube.com/DwanaShelton
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pawagam haramkan topeng muka sempena tayangan 'Joker'
Keputusan itu dibuat dipercayai ada kaitan dengan ancaman keselamatan seperti yang pernah berlaku sewaktu tayangan filem Batman pada tahun 2012.
'Helmet' Stormtrooper, kostum Joker dari filem asal antara yang bakal dilelong
Topeng kepala yang digunakan dalam filem Star Wars tahun 1977 itu boleh mencapai harga lelongan sebanyak 180,000 Pound (RM942,000).
[INFOGRAFIK] Ini rating filem adiwira DCEU paling gempak! Anda setuju tak?
Rating filem adiwira DCEU. Adakah anda bersetuju?
Saham Genting jatuh 15 peratus akibat pembatalan kontrak Taman Tema Disney, Fox
Saham Genting jatuh 53 sen, atau 15 peratus ke RM3.01 sehingga jam 2 petang tadi. Saham jatuh akibat pembatalan kontrak dengan Disney / Fox
Selain menentang kuasa jahat, 'Justice League' perlu berlawan dengan pengkritik
Tenaga kerja filem inspirasi komik DC, Justice League, setakat ini masih belum mendapat maklum balas positif yang mencukupi.