Seniman SM Salim tenat, keluarga mohon peminat doakan

Astro Awani
Disember 28, 2016 17:43 MYT
Keluarga memohon peminat untuk mendoakan kesihatan seniman negara tersebut. - Foto Fail
Seniman Tan Sri SM Salim, 88, dilaporkan berada dalam keadaan tenat akibat sakit tua.
Menurut sumber yang rapat dengan keluarga penghibur lagenda tersebut, isteri SM Salim, Puan Sri Aishah Mohd Ghani menyedari keadaan suaminya awal pagi tadi.
"Puan Sri menyedari pernafasan suaminya mula berat awal pagi tadi dan kemudian memasang alat bantuan pernafasan.
Sumber itu turut berkata keluarganya mengambil keputusan untuk mencabut alat bantuan tersebut seitar jam 1 tengah hari tadi.
"SM Salim sudah mula bernafas seperti biasa pada ketika ini. Beliau juga dapat memberikan respon dan sebentar tadi apabila ahli keluarga melafazkan ayat suci kepadanya, beliau memberi respon dengan mengerakkan bibirnya," katanya.
"Semua ahli keluarga berada di sisi beliau pada ketika ini. Cuma ada seorang sahaja anaknya masih dalam perjalanan dari Amerika Syarikat," tambahnya.
Ahli keluarga SM Salim turut memohon untuk peminat mendoakan kesihatan penyanyi kesayangan tanah air tersebut.
SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros merupakan seorang penyanyi lagu-lagu Melayu klasik bermula awal tahun 50-an.
#Biduan #nazak #SM Salim
;