Seniman negara, SM Salim, 88 meninggal dunia
Astro Awani
Disember 29, 2016 17:59 MYT
Disember 29, 2016 17:59 MYT
Seniman negara, Tan Sri SM Salim meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur kira-kira jam 5.40 petang Khamis.
SM Salim atau nama sebenar, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, memulakan kariernya sebagai penyanyi pada 1950an dan merupakan pendukung gigih lagu-lagu Melayu klasik.
Seniman veteran itu lumpuh akibat sakit saraf dan pergerakannya bergantung pada kerusi roda sejak 17 tahun lepas.
Jenazah Allahyarham SM Salim akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang di sini selepas solat Jumaat esok.
Jenazah sebelum itu akan disolatkan di Masjid Jamek Kampung Baru pada pukul 10.30 pagi esok.